Posts filed under 'Beauty Tips'

Kulit Muka Tegang Dalam Masa 10 Minit Sahaja dengan Enfuselle Skin Care

Now you can Perfectly Prevent, Reduce, and even Eliminate Wrinkles Naturally and Absolute Instantly!
“Without Chemical Peels, Plastic Surgery or Botox”

You wont believe the results, in just minutes!

A GENUINE ANTI AGING SKIN CARE
Enfuselle® Enfutox Instant Firming Treatment

  • 87% decrease in visible appearance of facial wrinkles within 5 minutes after application.
  • 82% of subjects indicated that their face felt firmer in just 10 minutes.
  • 66% of subjects had a reduction of visible wrinkles and fine lines in the crow’s feet area in just 10 minutes.

With continued daily use, the combination of Dual Protein Technology and Vital Repair work together to help provide younger-looking skin while fighting free radical damage.

Email us at info@kilimanjarospa.com or call +6019 – 216 3056 to buy one.

For more information, kindly visit >> http://enfutox.cjb.net.

May 16, 2008

Tiada bukti syampu punca rambut gugur

KERAP bertukar syampu dikatakan antara punca masalah kelemumur dan keguguran rambut. Malah, ada juga yang mendakwa salah memilih syampu menyebabkan masalah rambut mereka semakin meruncing.

Sehingga kini tiada bukti yang boleh menentukan keserasian seseorang dengan mana-mana jenama syampu. Selain syampu, ada satu lagi perkara penting iaitu cara mencuci rambut. Tidak ramai tahu bahawa mencuci rambut juga ada tekniknya. Menurut seorang pendandan rambut dan pereka barangan penjagaan rambut, teknik pencucian yang betul dan baik bukan saja boleh memperlahankan keguguran dan merangsang pertumbuhan rambut, tetapi menjadikan rambut tampak lebih sihat dan bersinar.

Antara cara yang disarankan ialah:

  1. Sebelum mandi, sikat rambut anda menghala ke belakang. Ia bertujuan merangsang aliran darah dan menghalang produk dandanan rambut daripada berkumpul pada kulit kepala.
  2. Basahkan rambut dengan air suam kuku. Elak membasahkan rambut dengan air panas kerana ia boleh mencuci dan menyingkirkan minyak pelindung pada rambut yang mengakibatkan rambut menjadi terlalu kering. Air panas juga membuat kulit kepala menjadi kering dan merangsang masalah kelemumur.
  3. Mulakan menyapu syampu pada belakang leher (di bahagian bawah rambut), kemudian beralih ke keliling rambut dan akhir sekali di tengah kepala.
  4. Urut seluruh kulit kepala sekurang-kurangnya tiga kali untuk ‘memaksa’ nutrien daripada syampu masuk ke dalam buli akar rambut dan membersihkan folikel rambut daripada saki baki produk dandanan yang digunakan.
    Jika tidak dilakukan demikian, saki baki produk ini boleh menyebabkan folikel tersumbat dan menjejaskan proses pertumbuhan rambut baru.
  5. Selepas rambut dibilas bersih, sapukan perapi sehingga rata. Jika dapat, balut rambut dengan tuala yang diwapkan selama 30 hingga 60 saat. Ia boleh dilakukan dengan memasukkan tuala basah dalam ketuhar gelombang mikro selama dua minit. Stim daripada tuala boleh meningkatkan penyerapan perapi pelembap ke dalam setiap helai rambut.
  6. Akhir sekali, bilas rambut dengan air sejuk. Kaedah ini merangsang dan membantu mengetatkan liang kulit kepala, menguatkan gentian rambut serta membuatkan rambut nampak lebih berkilat.

Selain itu, ada beberapa panduan yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kesihatan rambut seperti:

  1. Memilih syampu dan perapi sesuai. Secara semula jadinya, peningkatan umur akan membuatkan rambut menjadi kering. Jadi pilih syampu yang mempunyai rumusan sesuai untuk rambut normal ke kering. Sapukan syampu dan urut kepala dengan lembut dan pastikan ia turut diratakan hingga ke hujung rambut. Tiada masalah jika anda termasuk dalam golongan yang kerap mencuci rambut, tetapi sebaik-baiknya setiap cucian diiringi dengan penggunaan perapi.
  2. Rambut basah memerlukan belaian lembut. Pedap tuala pada rambut dan mengeringkan rambut dengan cara menggeselnya pada tuala. Sebaik-baiknya biarkan rambut kering sendiri tetapi jika perlu menggunakan alat pengering rambut, pastikan kuasanya pada tahap paling rendah dan anginkan ke seluruh rambut, bukan tertumpu pada satu tempat saja.
  3. Beli alat penjagaan rambut yang baik seperti sikat bergigi bundar. Sebelum beli, suba ‘sikat’ pada lengan anda dulu. Jika terasa tajam, ia boleh mencederakan kulit kepala.
  4. Jangan terlalu banyak menggunakan bahan pendandan seperti pewarna atau pelurus rambut. Bahan ini lama kelamaan boleh merosakkan rambut, terutama jika rambut tidak mendapat penjagaan rapi.
  5. Elakkan rambut daripada terlalu banyak terdedah pada cahaya matahari. Cahaya terlalu terik boleh merosakkan struktur protein rambut dan menyebabkan ia rapuh serta mudah putus. Rambut berwarna cerah (sama ada semula jadi atau menjalani rawatan peluntur warna) lebih mudah mengalami masalah kerana ia kekurangan pigmen pelindung daripada kesan cahaya matahari.

Krim pelindung rambut belum terbukti dapat menghalang kerosakan ini tetapi pemakaian tudung, skarf dan topi mampu memberi perlindungan baik daripada pancaran cahaya matahari.

Petikan: Harian Metro

Add comment February 6, 2007


Categories

Recent Posts

Blogroll

Blog Stats

Meta