Posts filed under 'Nutrition Tips'
Fungsi Nutrisi Penting Secara Ringkas
Ini adalah penerangan ringkas dalam bahasa melayu bagi beberapa Nutrisi Shaklee penting yang kita perlukan bagi setiap hari, bagi menjawab soalan2 yg sering kami terima. Kalau tak faham, kerana terlalu ringkas, sila hubungi kami atau pakar pemakanan anda untuk penerangan yg lebih jelas.
Vita-E (Vitamin E)
- untuk jantung, otak, prostat, paru-paru, kolon dan sistem imunisasi.
GLA Plus
- membentuk prostaglandin.
- seperti hormon: membantu dan mengawal dalam badan supaya normal.
Fiber
- bantu penghadaman.
- bergabung dengan kolestrol untuk mengekalkan tahap kolestrol normal.
Lecithin
- untuk otak, hati, kardiovaskular dan sistem pembiakan.
- menghantar mesej ke otak dan saraf.
- membuang lemak tepu.
Add comment August 25, 2008
Kenapa Pemakanan Tambahan?
Makanan harian sepatutnya mengandungi zat-zat dan vitamin perlu untuk menjamin kesihatan tetapi malangnya kini ia terdedah kepada :
1) Pencemaran makanan dengan tambahan bahan kimia,
2) Pencemaran alam, makanan diproses oleh manusia,
3) Gaya hidup yang moden dan cepat / tidak sihat, seimbang
4) Pemakanan yang tidak seimbang.
Selain bersenam dan amalan kesihatan lain ia tidak memadai jika tidak disertakan dengan program pemakanan tambahan.
Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama, panjang umur ! Nampaknya punca berlakunya penyakit ialah kesan tidak sempurna dan lengkapnya pemakanan, jadi ia perlukan makanan tambahan.
Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting ?
(Pemakanan Tambahan Adalah Keperluan Asas, Tiada Pilihan Lagi)
- Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin,
- Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang subur, Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
- Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan,
- Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita,
- Kita mungkin kerap makan di luar,
- Gaya hidup yang tidak aktif,
- Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll,
- Kerap demam atau jangkitan selesema dll
- Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll. Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)
Kenapa Shaklee ?
Shaklee Corporation adalah pengeluar makanan tambahan yang terulung dan yang terbesar sehingga kini di mana ia ditubuhkan pada tahun 1956 (bahkan penyelidikan dan pengeluaran bermula seawal 1915 lagi) oleh Dr Forrest C Shaklee pakar bidang pemakanan berkhasiat (pengasas Vitamin dan MLM) yang kini menjalin usaha sama dengan kumpulan syarikat farmaseutikal terkemuka dunia, Yamanouchi sejak 1989. Mengapa Shaklee, kerana latar belakang syarikat yang baik; makanan tambahan yang nature / fitrah; berasaskan penyelidikan, ujian klinikal dan piawaian kawalan kualiti yang tinggi.
Halal ? – anda tidak perlu was-was
Rujuk akhbar utama tanah air iaitu The New Straits Times dan Berita Harian pada hari Rabu, 17hb April 2002, Utusan Malaysia hari Khamis 18hb April 2002 dan Borneo Post pada hari Jumaat, 19hb April 2002.
Kenapa Produk Luar Negara ?
Sabda RasuluLlah (SallaLlahu Alaihi Wasallam) bermaksud “Hikmah itu barangan tercicir orang mukmin, di mana sahaja dia menemuinya dialah yang berhak dengannya”
>> Untuk penerangan yang lebih lanjut, sila hubungi info@kilimanjarospa.com / 019 – 216 3056 (Alya)
Add comment July 27, 2008
Supplementary Food Saves Young Children
“My heart was painful because I knew my baby was going to die if I don’t get
help. I then put my trust in God, and was ready for anything to happen,” she
says.
Zanele took Phindile to World Vision’s Gilgal ADP where they recommended that Phindile be taken to the Good Shepard Hospital in the area. She was kept in hospital where doctors were able to monitor her health, and where she stayed for four weeks. World Vision not only paid all her medical expenses, but also provided ‘e-pap’, beans and oil.
Add comment March 27, 2007
Wajarkah mengambil makanan tambahan?
Oleh: Haswari Ali
Petikan: Ikon, Berita Harian
RAMAI orang bertanya, “adakah vitamin atau makanan tambahan (supplement) berkesan?” atau “bila ianya diperlukan?”. Lebih parah lagi, ada yang bertanya “adakah ia berbaloi untuk dibeli?”.
Semua persoalan itu mungkin dapat dijawab jika adanya kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan dari awal.
Apatah lagi, tabiat pemakanan kita yang terdedah dengan lemak, manisan dan bahan toksik beracun, menyebabkan pengambilan makanan tambahan sangat penting.
Jika di Amerika Syarikat satu daripada tiga rakyatnya atau 100 juta masyarakat negara berkenaan mengambil makanan tambahan setiap hari dan membelanjakan sekitar AS$6.5 bilion (RM24.7 bilion) setahun untuk tujuan berkenaan, bagaimana pula di negara kita? Pakar Perunding Kesihatan, Zulkifli Ahamad berkata, jumlahnya amatlah sedikit dan kesedaran masyarakat kita masih lagi rapuh iaitu 50-50.
Tidak dinafikan, memang ada golongan muda, sama ada bekerjaya ataupun masih bersekolah, yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebagai rutin kehidupan seharian.Sama ada diambil dari rumah sebaik selepas bersarapan pagi atau sebelum masuk tidur. Ada juga mengambilnya untuk membentuk otot dan lebih ramai sebagai tujuan kecergasan tubuh badan.
Dua rakan di sebelah kiri dan kanan penulis misalnya, mempunyai bekas khas yang terisi vitamin atau makanan tambahan mereka sendiri untuk persediaan sepanjang seminggu.
Mungkin bagi mereka ia perlu. Al-maklum sajalah kerja di depan komputer, keluar masuk pejabat dan tahap kecergasan menjadi tuntutan apabila berada di dalam bidang ini. Pengacara dan pelakon Cheryl Samad, 27, umpamanya, pengambilan makanan tambahan adalah untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi dan mencergaskan dirinya.
Melihat jadual hariannya yang begitu sibuk, memang tidak dapat disangkal makanan tambahan ini amat perlu buat Cheryl.“Ia banyak membantu urusan kerja saya yang memperuntukkan masa 16 jam masa bekerja, kurang ambil cuti dan jarang pula dijangkiti penyakit.
“Saya juga mengambil multivitamin dan kalau tidak diambil untuk beberapa hari, saya akan mudah rasa pening kerana tekanan darah menurun,” katanya yang sudah mengamalkan pengambilan makanan tambahan iaitu Lingzhi, yang berasaskan cendawan dan herba sejak di bangku sekolah.
Dalam sebulan, Cheryl membelanjakan antara RM400 dan RM500 untuk penjagaan tubuh badannya. Mungkin juga kerana statusnya sebagai duta Watson, Cheryl perlu sentiasa kelihatan sihat.
Jika Cheryl setia dengan makanan tambahannya kerana mudah terkena alahan seperti ruam atau bengkak mata jika mengambil bahan lain, ada juga cenderung untuk bertukar makanan tambahan kerana faktor harga.
Jurukamera sambilan, Efra Rino Ripin, 28, sudah tiga kali bertukar produk kerana kekangan kos.
Asalnya mengambil Vitamin B, C dan E secara berasingan, dia bertukar kepada kapsul Borocca yang mengandungi kebanyakan khasiat diperlukan.Namun, disebabkan harganya yang mahal untuk kuantiti yang terlalu sedikit, dia berubah pula kepada produk kesihatan Herbalife.
“Produk Herbalife lebih menjimatkan kerana hadir dalam bentuk serbuk yang boleh saya bancuh dengan minuman kegemaran seperti susu kacang soya.“Kalau ingin sedikit otot kelihatan, saya digalakkan meminumnya bersama telur. Tapi secara asasnya, ketiga-tiga produk ini tidak banyak perbezaan ketara. Yang nyata, pengambilan makanan tambahan membuatkan saya cergas sentiasa,” katanya.
Hakikatnya, kesesuaian sesuatu produk bergantung kepada keperluan badan. Namun, kata Zulkifli, pengambilan makanan tambahan daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, lebah, hasil tenusu dan herba adalah digalakkan bagi mengelakkan terjadinya kesan sampingan.
Bagaimanapun, katanya, tidak ada guna pengambilan makanan tambahan atau vitamin yang teratur, jika tidak minum air secukupnya (lapan gelas sehari) atau terlebih kandungan kafein dan gula di dalam badan.
Faktor berkenaan akan menyebabkan makanan tambahan yang diambil kurang memberi kesan positif.Apapun, satu peringatan penting! Apa juga makanan tambahan yang anda ambil, pastikan terpapar lambang Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan bahan itu teruji dan selamat berada di dalam tubuh badan.
Amalkan dari zaman kanak-kanakSARANAN kerajaan mencegah lebih baik daripada mengubati seharusnya dipandang serius oleh segenap masyarakat di negara ini betapa penjagaan kesihatan dari awal amat penting berbanding merawat.
Zulkifli bersama variasi makanan tambahankeluaran tempatan.Pakar Perunding Kesihatan, Zulkifli Ahamad mengakui, kebanyakan masyarakat hari ini lebih cenderung mengambil vitamin atau makanan tambahan hanya selepas berhadapan dengan masalah kesihatan.
Sedangkan sebelum itu, katanya, mereka sudah beberapa kali diberi pendedahan mengenai seminar kesihatan yang memberi maklumat akan kepentingan makanan tambahan.
Zulkifli berkata, tidak seperti masyarakat Jepun yang majoriti masyarakatnya mampu hidup sehingga 100 tahun kerana pengambilan makanan sihat dan juga makanan tambahan di usia muda, masyarakat di negara ini kurang mempunyai kesedaran dalam aspek pemakanan yang hakikatnya terdedah dengan bahan beracun atau toksik tanpa disedari.
“Ramai orang kita ingat, kehidupan mereka sudah cukup bagus, lebih-lebih lagi bila tiada tanda-tanda sakit di usia muda. “Mereka juga lebih suka mengambil ubatan berasaskan dadah seperti yang mengandungi parasitomol yang sekadar menghilangkan kesakitan buat seketika.“Ramai juga tidak tahu bahawa dalam satu hidangan nasi yang mengandungi ayam dan sayuran, sebenarnya terdedah dengan bahan toksik.
“Sebab itulah, pengambilan makanan tambahan berasaskan sumber semula jadi yang diperkaya dengan vitamin di dalamnya akan membantu menyeimbangkan kesihatan badan,” katanya kepada i-Kon.
Sambil mengesyorkan beberapa makanan tambahan semula jadi seperti i-Food, i-Kids, Man Pueraria Plus, Woman Lobata dan Lisselife, Zulkifli berbangga kepakarannya dalam bidang kedoktoran selama tujuh tahun digunakan dalam perubatan berasaskan bahan semula jadi seperti susu, madu lebah, rumpai dan tumbuh-tumbuhan.
Dia berkata, ada kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun yang mengalami penyakit kencing manis atau masalah obesiti dan kerana itu, pengambilan makanan tambahan digalakkan selewat-lewatnya pada usia 18 tahun dan seawal usia setahun.“Ini perlu kerana sekarang ini pada usia 24 tahun pun ada yang menghidapi serangan jantung. Jadi adalah lebih baik diamalkan pengambilan makanan tambahan dari kecil lagi,” katanya.
Add comment March 27, 2007
FAKTA: Siapa yang patut mengambil vitamin/makanan tambahan
Add comment March 27, 2007
Vitamin A, C, E, adalah Baik untuk kesihatan
Add comment March 11, 2007
Lecithin
Add comment March 9, 2007
Vita-Lea® (Multi-Vitamin)
Add comment February 11, 2007
Sustained Release Vita-C™ 500mg
Add comment February 11, 2007
B-Complex
Add comment February 11, 2007







