Posts filed under 'Remember Your Diets'
25 Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
1 comment July 24, 2007
Masalah Selulit
SETIAP HARI ANDA MENGURANGI 200 GRAM LEMAK, APA YANG TERJADI SETELAH 2 BULAN?
Baru-baru ini survey menyatakan 45% orang-orang yang berusaha menurunkan berat badan dengan diet malah mengalami penambahan berat badan bukannya mengalami penurunan berat badan.
Mengapa ini terjadi? Lemak memainkan peran yang penting dalam memelihara kesehatan, kulit kencang, menjadikan organ tubuh tahan melawan penyakit, menstabilkan suhu tubuh dan membantu sel berfungsi aktif.
Lapisan lemak yang dikenal sebagai lemak subkutis adalah lapisan lemak yang berada di bawah kulit untuk membantu mengatur suhu tubuh yang optimal dengan organ dalam tubuh. Oleh karena itu orang yang terlalu gemuk tidak mudah merasakan dingin dibanding orang yang langsing.
Kelebihan lemak dalam jumlah yang banyak akan menjadi sebagai tempat menyimpan makanan. Semasa puasa, tubuh akan memecahkan lemak yang tersimpan. Tapi hal ini tidak memecahkan lemak secara sempurna. Karena banyak sel lemak lain tetap tidak terpecah, hanya sebagian kecil saja yang terpecah. Maka sel lemak itu akan mudah tergantikan oleh sel-sel lemak lain. Hal inilah yang menjelaskan mengapa berat kembali meningkat dengan cepat. Contoh kasus ini terjadi pada pelaku diet yang mengkonsumsi obat-obatan untuk menahan nafsu makan yang menyebabkan kekurangan nutrisi.
Penyelesaian > http://cinch.cjb.net
Add comment March 11, 2007
Bahaya Diet Drastik – Harian Metro
1 comment March 9, 2007
Lemak Berlebihan di Bahagian Perut
Kebanyakan penduduk Asia mempunyai kecenderungan tertentu untuk menghimpun lemak di bahagian perut atau abdomen dan ini dipercayai menjadi salah satu sebab kenapa penyakit jantung meningkat secara mendadak di rantau ini. Untuk lebih memahami fenomena ini dan apa yang boleh dilakukan oleh individu untuk menambah baik kesihatan jantung, kami menyajikan maklumat yang dipetik daripada lamanweb Pusat Maklumat Makanan Asia (AFIC) mengenai pengurusan berat badan di http://afic.org/WMWS/index.shtml
Di lamanweb berkenaan, anda juga boleh muat turun risalah pengurusan berat badan AFIC dalam Bahasa Malaysia secara percuma
Statistik Penting
Berikut adalah beberapa kaedah yang disyorkan untuk menganggarkan status kesihatan individu, yang menggunakan ukuran data penting individu dan pengiraan yang mudah:
BMIPiawaian global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Massa Badan, atau BMI. BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram dengan kuasa dua ketinggiannya (dalam m2) .
Sehingga kebelakangan ini, klasifikasi yang sama digunakan di seluruh dunia untuk mengira dan mengelaskan berat badan ialah :
Ukuran BMI antara 18.5 hingga 25 lazimnya dianggap sebagai normal; 25 hingga 30 sebagai berat badan berlebihan dan dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan, dan lebih daripada 30 dianggap sangat gemuk (paras obesiti) dan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.
Sejak kebelakangan ini, pakar-pakar telah membuat pemerhatian bahawa penyakit yang berkaitan dengan berat badan biasanya berlaku di kalangan setengah kumpulan etnik Asia di paras BMI melebihi 23. Satu kumpulan pakar dari WHO (Badan Kesihatan Sedunia) telah mengesyorkan skala BMI yang lebih rendah bagi bangsa Asia: 18.5-23 untuk risiko yang meningkat tetapi boleh dikatakan rendah untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan; 23-27.5 bagi risiko yang lebih tinggi; dan 27.5 atau lebih memberi isyarat risiko yang membahayakan.
Namun, satu kelemahan skala BMI ialah ia mungkin membuat anggaran yang tinggi bagi lemak badan atlit dan setengah kumpulan lain, seperti puak etnik di Pulauan Pasifik yang mempunyai tubuh badan yang tegap. BMI juga boleh membuat anggaran lemak badan yang rendah bagi kumpulan warga mas dan kumpulan lain yang kehilangan jisim otot. Oleh itu, pakar-pakar telah mengesyorkan penggunaan BMI yang digabungkan dengan ukuran lilitan pinggang atau/dan nisbah pinggang-ke-pinggul bagi anggaran yang lebih tepat.
Lilitan Pinggang
Lilitan pinggang diukur di bahagian yang paling sempit di antara tulang rusuk dan pinggul apabila dipandang dari depan selepas bernafas keluar. Lilitan pinggang ialah ukuran lemak di bahagian abdomen dan merupakan petunjuk bagi status kesihatan, walaupun pengiraan BMI terdapat dalam julat normal. Ukuran pinggang yang melebihi 102 cm (40 inci) bagi lelaki dan lebih daripada 88 cm (35 inci) bagi perempuan ditetapkan sebagai nilai ambang untuk menentukan kemungkinan menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.
Sejak kebelakangan ini, nilai ambang yang lebih rendah telah disyorkan bagi penduduk Asia. Kumpulan Kerja mengenai Obesiti di negara China membuat ulasan data tentang perhubungan BMI, lilitan pinggang dan faktor-faktor risiko dalam penyakit kronik yang berkaitan.
Berlandaskan ulasan tersebut yang meliputi semua bukti yang terkini, Kumpulan Kerja ini telah mengesyorkan lilitan pinggang yang melebihi 85 cm bagi lelaki dan lebih daripada 80 cm bagi perempuan di negara China sebagai nilai ambang untuk diagnosis obesiti di bahagian tengah atau abdomen (4). Nilai ini tidak disyorkan kepada semua bangsa Asia tetapi memberi skala alternatif kepada nilai global yang mungkin tidak mengambil kira perbezaan pembahagian lemak dan komposisi badan antara kaum kulit putih (Caucasian) dan bangsa Asia.
Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR).
Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) ialah nisbah bagi lilitan pinggang seseorang berbanding lilitan pinggulnya. Ukuran ini boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul.
WHR, seperti lilitan pinggang ialah suatu alat untuk menganggarkan pembahagian lemak dalam badan. Bagi kebanyakan orang, dan mungkin terutamanya orang Asia, lemak di bahagian abdomen menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan berbanding lemak berlebihan di bahagian pinggul atau peha. Nilai WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. Nisbah pinggang:pinggul sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak di bahagian perut adalah langkah yang bijak.
Isyarat untuk Tindakan
Ketiga-tiga ukuran bagi saiz badan yang tersebut di atas, jika digabungkan, memberi beberapa kriteria penting untuk menganggarkan berat badan dan menentukan tindakan yang harus diambil, untuk mengekal, mengurang atau menyedari dan menghentikan penambahan berat badan yang berterusan. Bagi bangsa Asia terutamanya, anggaran bukan saja untuk berat badan tetapi juga kegemukan abdomen adalah pemeriksaan yang mudah lagi bijak dilaksanakan.
Garis panduan untuk memaksimumkan peluang panjang hayat dan kehidupan sihat seseorang itu adalah sama, dan tidak mengambil kira sama ada sasaran individu tersebut hendak mengekal atau mengurang berat badannya:
(1) Tentukan diet dan gaya hidup yang mengimbangkan tenaga
Tumpukan untuk merangka gaya hidup sihat selaras dengan komitmen harian anda yang lain yang berdasarkan diet yang rendah lemak, pelbagai dan seimbang, dan digabungkan dengan aktiviti fizikal. Kesan “yo-yo” pengurangan dan penambahan berat badan yang berlaku kepada sesiapa yang mengikuti rejim berulangan untuk berdiet supaya menyusutkan berat badan dengan cepat, tetapi kemudiannya menambah semula berat badan yang disusut apabila mereka mengikuti semula tabiat makan yang sebelum ini, boleh menyebabkan risiko kesihatan dan membuat pengawalan berat badan dalam jangka panjang sukar dilaksanakan.
(2) Rangkakan Tabiat Aktiviti Fizikal yang Kerap
Bagi dewasa, aktiviti fizikal sederhana hingga bertenaga kuat selama 30 minit dan bagi kanak kanak selama 60 minit setiap hari (seperti berjalan cepat, berenang) dapat membantu mengekalkan dan mengurangi berat badan tidak kira berat badan individu itu, dan mengurangkan secara besar-besaran risiko kejadian sakit jantung, angin ahmar dan lain-lain penyakit kronik ke atas individu kerana manfaat kesihatan kardiovaskular yang diperoleh daripadanya. Satu lagi insentif untuk bersenam mungkin didapati daripada satu kajian yang dilaporkan dalam JAMA (Jurnal Persatuan Perubatan America) yang mendapati bersenam dengan kerap mengurangkan lemak ‘intra-abdomen’ dan justeru merampingkan pinggang walaupun tidak mengurangkan berat badan. Senaman yang kerap mempunyai manfaat lain seperti meningkatkan kualiti tidur dan kesejateraan psikologi.
(3) Amalkan diet yang mesra-jantung
Pastikan diet seimbang yang sihat, termasuk banyak buah-buahan dan sayuran, produk bijirin penuh, produk rendah-lemak atau tanpa-lemak (dengan mengambil kira kalori), majerin dan minyak tak-tepu (seperti minyak bunga
matahari, jagung, rapeseed, zaitun), daging tidak berlemak, ikan dan kekacang.
Pakar kesihatan juga menyarankan langkah-langkah tambahan yang berikut:
- Menghadkan pengambilan gula dan garam
- Mengambil sarapan pagi dan pastikan anda menikmati sekurangnya 3 sajian makanan sehari
- Gunakan cara memasak yang lebih sihat seperti mengukus, merebus, memanggang dan membakar sebagai menggantikan menggoreng dengan minyak yang banyak dan menambah lemak tambahan, serta mencipta kemahiran memasak secara sihat dalam keluarga anda.
- Menghadkan pengambilan makanan dengan kandungan lemak dan gula yang tinggi
Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas cecair setiap hari - Ingat godaan pasti berlaku, jadi tak usah mengenetepikan sajian makanan dan snek terlebih dahulu
Untuk maklumat selanjutnya, sila kunjungi – http://cinch.cjb.net
Add comment February 20, 2007
Bahaya Diet Drastik
.jpg)
“Badan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar,” katanya pada pelancaran program pengurusan berat badan, Cinch anjuran Shaklee Corporation.
Berlebihan berat badan, kegemukan dan obesiti menjadi masalah sejagat. Bagaimanapun, kata Dr McManus, berat badan lebihan bukan satu masalah hinggalah ia menjejaskan kesihatan. Justeru, sebelum ia dianggap sebagai masalah, langkah terbaik ialah mengelakkannya daripada terjadi.Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27 peratus (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 peratus (1.7 juta) pada 1996.
Masalahnya, ramai tidak sedar mereka mengalami masalah kekurangan zat walaupun banyak makan. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan isyarat untuk kita makan lebih banyak bagi menampung kekurangan zat tadi.Pilihan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat menyebabkan masalah kekurangan zat tetap berlaku, walaupun makin banyak makan.
Pengurusan berat badan tidak harus diukur pada timbangan saja, sebaliknya ia perlu bersifat lebih menyeluruh seperti peratusan lemak dalam badan, terutama lemak yang berkumpul pada abdomen atau perut.Ubat kurus (termasuk yang diambil di bawah pengawasan doktor) hanya sesuai bagi individu yang terlalu gemuk dengan syarat jika semua langkah seperti bersenam dan kawalan makanan tidak berjaya.
“Pengguna juga perlu lebih berhati-hati, banyak ubat kurus kini diharamkan kerana ada banyak kesan sampingan. Ubat penghalang badan menyerap lemak juga tidak bagus kerana badan memerlukan lemak untuk mendapatkan vitamin A, D, E dan K.
“Individu yang berumur dan ada masalah kesihatan juga disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba ubat atau program menguruskan badan untuk mengelak risiko tidak diingini.
“Biar apapun program yang anda cuba, pastikan ia disertai dengan senaman dan banyakkan minum. Apabila mencapai berat yang diimpikan, teruskan gaya pemakanan seimbang dan bersenam,” katanya.
Maklumat Lanjut: http://cinch.cjb.net
Add comment February 19, 2007
Yo-Yo Dieting – A Huge Part Of The Problem !
If you are like most people, you’ve struggled with your weight at one time or another
(I certainly have). You’ve been on every fad diet. Initially you lose some weight, but then you gain it back and find yourself heavier than before. This is the dreaded cycle of yo-yo dieting.
Add comment February 11, 2007
Masaalah Perut Buncit?
Page macamana nak buang lemak berlebihan kat badan, dan bagaimana nak dapatkan berat badan ideal dengan cara sihat dan tak menyakitkan dah nak hampir siap. Minta maaf kalau Shah tak sempat nak terjemahkan kesemuanya ke dalam Bahasa Melayu. Kalau ada perkataan2 yang tak faham boleh tengok kamus atau tanya Shah.
Fakta: 1 daripada 5 orang Rakyat Malaysia mengalami masalah ‘berat badan tidak ideal’ atau ‘perut buncit’ > http://cinch.cjb.net/
Add comment February 6, 2007


